Air Mata Ayah | Drama Melayu | Telemovie
Log in
YouTube
by
koolix2
Kalau sampai jatuh air mata anak aku ini, sampai membasahi pipi, sampai melukakan hati,
akan aku tuntut, ke lubang cacing pun akan aku cari.
Eh?! Ayah?!
Ya, depan rezeki saya cakap. Bila Ali dan Aisyah besar nanti, mesti lebih hebat daripada Ayah.
Pelajaran lebih tinggi. Gaji lebih besar. Rumah lebih mewah. Faham?!
Dah, Aisyah, makan. Sejak kita pindah sini, kali pertama mak kau masak ini semua.
Dan kali pertama juga dapur berasap. Aisyah, Ayah mohon jadi Guru Tambahan.
Semester ini, mula di sekolah baru. Sukalah Ayah. Jadi Guru Tambahan senang sikit, kan?
Tak payah jaga CCA, tak payah nak jadi guru kelas. Dah. Makan.
Abang, tak nak tunggu Ali dulu? Dia datangkah?
Dah, tak payah tunggu. Makan. Abang...
Syukur! Dah lima tahun. Akhirnya, sangkut juga.
Sejak Aisyah kahwin, tak putus-putus Mak doa supaya Aisyah dapat zuriat.
Ayah pasti suka! Mari kita beritahu dia. Nanti dulu, Mak. Jangan dulu. Aisyah nak beritahu Syaiful dulu.
Okeylah. Mak rahsiakan dulu. Tahniah, Aisyah!
Awak betul tak nak pergi rumah Ayah? Tak payahlah.
Sejak Mak dan Ayah pindah ke rumah baharu, kita belum pergi-pergi pun tau. Lain kali sajalah saya pergi.
Awak dan Ryan wakilkan saya saja, okey? Kalau mereka tanya? Cakap sajalah saya sibuk.
Nak tipu saja. Apa yang tipu? Betul, kan? Lepas saya hantar awak, saya nak pergi ke bengkel tau.
Hujung minggu pun buka bengkel. Sesekali rehatlah. Luangkan masa dengan famili.
Saya kan baru berkembang, baru ambil unit sebelah. Jadi, perlulah kerja keras sikit.
Lagipun, awak kan ura-ura nak berhenti kerja, nak duduk rumah sepenuh masa. Buat apa? Berniagalah, itulah.
Eh, betul tak jalan ini pergi ke rumah Ayah? Ryan, tengokkan nombor blok rumah Atuk. Betul, tak?
Ryan! Kalau dia dah bermain permainan di telefon, mana nak jawab? Awak sajalah tengok.
-Helo, Iqbal? -Abang, bila sampai? Aku dah dalam perjalanan. Dalam perjalanan dah.
Abang... Apa yang kau asyik-asyik telefon aku?
Klien kita banyak batalkan servis kereta mereka di sini. Apa pasal? Siapa dah potong jalan?
Bukan sebab itu. Sebab mereka ada dengar yang kewangan syarikat kita tak stabil.
Eh, cerita mana yang mereka dah dengar ini? Kau telefon mereka balik. Cakap dengan mereka jangan risau.
Tanda tangan balik pakej dengan kita. Okey? Okey, Abang.
Ryan, Ryan nak buku Atuk? Buku apa ini, Nek?
Koleksi himpunan puisi Atuk. Nenek jumpa buku ekstra semasa tengah kemas-kemas barang lepas pindah.
Nah, ambillah. Wah! Atuk banyakkah tulis-tulis macam ini?
Adalah sikit-sikit. Kalau rajin, bacalah. Tak perlulah, Atuk.
Mana dia tahu pasal semua ini, Ayah? 24 jam asyik main permainan telefon saja. Yakah, Ryan?
Betulkah apa Mama cakap? Kalau dia degil-degil, beritahu Ayah saja.
Nanti tahulah Ayah apa nak buat.
Mak dan Ayah tahu awak hamil? Ayah tak. Mak saja tahu.
Bila? Tadi. Sebelum awak datang. Baguslah. Utamakan siapa dulu ini?