Speaking only Bahasa Melayu for 24 hours | Kumaar Family
Log in
YouTube
by
UwaisGo
Kura-kura adalah Zaden bagi saya?
Um. Anjing adalah haiwan. Kura-kura pun adalah haiwan.
Tapi Zaden suka kura-kura.
Saya sudah tidak sabar supaya semua ini berakhir. Saya rindu untuk bercakap dengan suami saya ooh.
Tengok, susah kan? Nak cakap kura-kura pun tak faham.
Hey Rachel adakah kamu tahu hari ini hari apa?
Hari ini hari apa? Hari ini adalah hari cabaran bercakap dalam Bahasa Melayu selama 24 jam
Jadi untuk 24 jam akan datang, saya hanya akan bercakap dalam Bahasa Melayu dan saya akan
berusaha untuk menggunakan Bahasa Melayu sebanyak yang mungkin dan cuba untuk faham apa yang Logesh cakap
Untuk pengetahuan anda, saya tidak bertutur dalam Bahasa Melayu sejak satu tahun yang lalu.
Tidak ramai orang Malaysia di Amerika jadi saya tidak boleh mempraktikkan Bahasa Melayu saya.
Ia bermakna Bahasa Melayu saya sudah tidak fasih. Jadi saya ingin meminta maaf terlebih dahulu jika saya membuat kesilapan.
saya akan cuba yang terbaik dan semoga dengan hanya bercacakap Bahasa Melayu untuk 24 jam yang seterusnya,
saya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu. 24 jam bermula dalam kiraan tiga dua satu.
Hai sayang
Selamat pagi. Selamat Pagi.
Hari ini kita akan bersarapan di Orbits di Oakland.
Saya rasa apa yang kamu katakan ialah hari ini kita akan pergi beli donat di Oakland
Bagus. Itulah apa yang saya katakan.
Adakah kamu ingin pergi beli donat? Ya. Baiklah jom kita pergi.
Hai Zaden. Hari ini saya akan bercakap dengan kamu hanya dalam Bahasa Melayu.
Adakah kamu faham?
Zaden, adakah kamu faham? Cakap ya. Ya.
Jom kita pergi. Baik.
Baiklah, jadi kita .... akan ke Orbit. Ya, sekarang kita dalam perjalanan ke kedai kopi Orbits.
Kita akan makan donat dan wafel. Ada satu makanan yang dipanggil wonut iaitu gabungan antara donat dan wafel.
Itulah apa yang diberitahu oleh Rachel kepada saya. Entah atau atau tidak. Kita akan lihat nanti.
Terdapat juga banyak jenis kopi, jadi kami akan mencuba kopi-kopi tersebut.
Apa yang saya faham ialah kita akan pergi makan wonut.
Betul tu. Memang kita akan cuba makan wonut kalau ada. Boleh. Boleh.
Sangat sibuk. Cuba lihat berapa ramai orang yang sedang beratur.
Ramai orang, bukan? Rachel, kamu harus membuat memesan untuk kita kerana saya hanya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu
Baiklah, saya akan membuat pesanan kerana kamu hanya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Betul. Saya faham.
Sudah lama kami tidak keluar bersama sebagai sebuah keluarga.
Ini adalah kali pertama dalam beberapa minggu atau bulan.
Yang saya faham ialah 'family' yang bermaksud keluarga, bukan? Ya. Keluarga Kumaar.
Donat mini dan kopi Vietnam. Terima kasih banyak-banyak. Sama-sama.
Sangat sedap. Walaupun donat itu kecil tetapi ia padat, kaya dan sedap.
Kopi Vietnam. Sedap gila. Tak sabar nak cuba makanan yang lain.