Ikuti Langfocus di Facebook, Twitter, dan Instagram.
Helo, semua! Selamat datang ke saluran Langfocus, nama saya Paul.
Topik hari ini ialah "The Malay Language", atau "Bahasa Melayu" seperti yang disebut dalam Bahasa Melayu.
Mereka yang berasal selain dari Asia Tenggara mungkin tidak biasa dengan Bahasa Melayu,
tetapi sekiranya kita mengambil kira kesemua penutur daripada kesemua kepelbagaian bahasa Melayu, ianya merupakan salah satu daripada sepuluh bahasa yang paling meluas dituturkan di dunia.
Dan apabila saya menyebut "meluas", saya merujuk kepada jumlah penutur.
Ia mempunyai 77 juta penutur asal dan sekitar 173 juta penuturnya sebagai bahasa kedua
menjadikan jumlahnya sekitar 250 juta penutur.
Sudah tentu, sumber berlainan memberikan jumlah yang berbeza, tetapi lebih kurang sebanyak itu lah.
Ianya dituturkan di Malaysia di mana terdapat 18.5 juta penutur asal daripada keseluruhan penduduk yang berjumlah 32 juta orang
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan bahasa, dengan segolongan besar masyarakat yang bertutur bahasa-bahasa Cina
dan India, serta beberapa bahasa asli minoriti.
Semua orang di Malaysia pada masa kini mempelajari Bahasa Melayu di sekolah.
Tetapi segelintir penutur bahasa lain sama ada tidak lancar berbahasa Melayu
atau mereka memilih untuk tidak berbahasa Melayu dengan kerap selepas mereka tamat persekolahan.
Singapura juga merupakan satu lagi tempat yang berbilang kaum di mana kaum Melayu adalah minoriti.
Bahasa Melayu dituturkan oleh sekitar 700,000 orang di sana ataupun 13% penduduknya.
Ia juga dituturkan oleh sekitar 266 ribu orang ataupun 64% penduduk Brunei.
Apalah, bukan "bru-NAI", ianya "bru-NEI"!
Oh ya, maaf, dalam bahasa Inggeris, kami panggilnya Brunei.
- Oh Tuhanku, kamu merosakkan perkataan Brunei haha. - Okey, ahh... Brunei.
Jadi, macam yang saya cakap tadi, ianya dituturkan oleh sekitar 266 ribu orang ataupun 64% penduduk Brunei.
Ia juga dituturkan oleh sekitar 1 juta orang di Selatan Thailand, bersebelahan Semenanjung Malaysia.
Dan Bahasa Melayu dituturkan oleh sekitar 11.23 juta orang di Indonesia
Tapi itu baru sedikit. Terdapat 43 juta orang penutur asli Bahasa Indonesia
dan sekitar 155 juta penutur Bahasa Indonesia sebagai bahasa kedua.
Jadi, apakah Bahasa Indonesia?
Baiklah, apabila bercakap tentang bahasa Melayu, kita perlu tahu perbezaan antara loghat-loghat Bahasa Melayu,
yang mana adalah berbeza-beza dari tempat ke tempat dan bentuk rasmi bahasa tersebut.
Bentuk standard pertama bagi bahasa ini adalah Bahasa Melayu yang mana digunakan di Malaysia, Brunei dan Singapura
dan ianya berfungsi sebagai bahasa penaung bagi kesemua loghat Bahasa Melayu yang dituturkan di sana.
Bentuk standard kedua adalah Bahasa Indonesia
dan ianya digunakan di Indonesia, serta berfungsi sebagai "lingua franca" dalam kalangan penutur bahasa-bahasa yang berbeza
kerana terdapat beratus-ratus bahasa yang dituturkan di Indonesia.
Saya bercadang untuk memfokuskan tentang Bahasa Indonesia di dalam video lain pada masa akan datang.
Ini menarik: di Malaysia, nama rasmi bagi bahasa Melayu ialah "Bahasa Malaysia",
yang bermakna "bahasa (untuk) Malaysia" dan bukannya "Bahasa Melayu" yang bermakna "bahasa (untuk) kaum Melayu"
Nama ini dipilih bagi menunjukkan bahawa bahasa ini adalah untuk seluruh rakyat Malaysia, bukan hanya untuk kaum Melayu.
Tapi ada yang mahu menukarnya ke Bahasa Melayu semula.