YouTube
by
koolix2
Suasana kampung nenek saya ini memang lain daripada Singapura. Aman.
Sunyi. Yang kedengaran cuma kicauan burung dan mungkin bunyi dedaun yang dilambai angin.
Tetapi itu hanya berlaku apabila kami adik-beradik tiada di sini. Apabila kami ada, hilang suasana aman ini.
Hei, cepatlah! Kambing sudah masuk padang! Mari sini! - Abang, kak, mari sini! - Kambing!
Abang, kambing di situ! - Jom! - Sekarang, ya? - Bagaimana? - Sekejap. Okey.
Satu. Dua... Mula! Kejar!
Inilah saya dengan abang dan kakak saya, tiga hari sebelum Hari Raya Korban.
INI TAK BOLEH DIKITAR SEMULA! HENTIKAN PENGGUNAAN PLASTIK PAKAI BUANG!
KURANGKAN JEJAK KARBON KITA! SUDAH TAHU NAK AMBIL APA? JANGAN BUKA PETI AIS LAMA-LAMA! EKZOS EKZOS ALAT GANTI KERETA
EKZOS ALAT GANTI KERETA
Adam. Kenapa Adam tampal pelbagai notis di dalam peti sejuk? Pintu dan di dalam peti sejuk ada notis.
Sudah seperti papan notis balai rakyat. Kak Mel, itu sekadar ingatan.
Dunia kita cuma ada satu, jadi kita perlu jaga baik-baik. Perlu berhenti guna plastik, kurangkan makan daging.
Jimat elektrik dan yang terakhir, kurangkan jejak karbon kita. Sebab kalau kita tak jaga...
- Tidak! Hei! Tak boleh! - Adam! Tolonglah! Kakak mahu masuk. Saya sudah lambat mahu ke universiti.
- Apa ini? Pagi-pagi sudah kecoh. - Sebab Adamlah! Saya mahu masuk ke tandas, tapi dia masuk dulu.
Kak Mel, boleh saya guna toilet Kak Mel? Tidak boleh. Sebab kamu semua tak tolong bersihkan selepas pakai tandas Kak Mel.
Jadi, tak boleh. Tolonglah, saya ada banyak kelas yoga hari ini. Kalau saya terlambat, semua aturan saya akan jadi kelam kabut dan huru-hara.
Tolonglah, jangan dramatik sangat. Sarah ajar yoga atas talian di rumah. Awak ada masa.
- Ya, tetapi... - Lain kali kalau mahu mandi dulu, bangun lebih awal.
Izzad, kotak-kotak di dalam dapur itu milik Izzad? Ya. Orang beri kepada saya untuk buat ulasan.
Sampai bila Izzad mahu buat ulasan saja? Tidak mahu cari kerja tetap? Boleh tak Kak Mel jangan mengomel tentang perkara ini pagi-pagi? Boleh?
Okey, maaf. Tetapi tolong Kak Mel buang semua kotak itu, ya?
Izzad, itu dapur, bukan bengkel. Kak Mel pergi kerja dulu. - Selamat tinggal. - Selamat jalan.
Saya tak faham bagaimana abang boleh makan semua ini. Makanan ini menggemukkan. Malam ini saya masak salad, okey?
Tidak, terima kasih. Kalau cuma letak sayur-sayuran mentah di atas pinggan, itu bukan masak namanya.
- Hei! - Hei! Tolonglah, abang! Saya sudah lambat!
Kalau lambat, terlepas. Pihak kami sudah buat ulasan kes Encik Shamsul.
Kes ini agak rumit. Sekarang kita ada dua pilihan. Pengantaraan, maknanya kita cuba berbincang dengan pihak peguam lawan
dan cuba selesaikan kes ini di luar mahkamah ataupun litigasi, kita bawa kes ini ke depan hakim di mahkamah.
Kalau begitu, kita cuba pengantaraan? Sebenarnya itu cara yang lebih baik.
Pihak kami boleh berbincang dengan pihak peguam lawan dan cuba selesaikan kes ini di luar mahkamah.
Encik Shamsul tak perlu risau. Berdasarkan bukti yang ada, saya yakin pihak lawan akan memberikan semua tuntutan Encik Shamsul.
Bagus. Saya pun sudah terlalu lama risau dengan kes ini. Saya tak mahu kes ini berlanjutan.
Sebab itu saya cari Cik Amelia. Cik Amelia sangat disyorkan.
Terima kasih. Saya akan berusaha sedaya upaya. Okey. Sekarang, kita perlu siapkan segala maklumat
- sebelum kita jumpa peguam pihak lawan. - Betul. Dan pihak kami memerlukan maklumat seperti...
Okey, berbalik kepada soalan kami tadi, pihak kami memerlukan...
Tidak mahu jawab? Mungkin penting. Sebentar ya.
To start learning, sign up for free.
Get started